"I tau U kuat, kami tunggu di rumah..." -Suami terpaksa ditiarapkan, Eina Azman mohon doa

Pelakon Datin Paduka Eina Azman meluahkan rasa terkilan selepas suami dan dua orang pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 pada Rabu.

Bacaan oksigen menurun

Bagaimanapun, rasa terkilan itu makin bertambah apabila melihat keadaan suaminya yang kini terpaksa ditiarapkan kerana bacaan oksigen menurun.

 

Menerusi perkongsian terbaharunya, Eina Azman memaklumkan bahawa kini suaminya berada di hospital susulan keadaannya yang memerlukan dia menggunakan alat bantuan pernafasan

"Doakan suami saya agar kuat..."

Dalam pada itu, pelakon terbabit turut memohon doa orang ramai agar suaminya kembali sembuh seperti sedia kala.

"Doakan suami saya yang kini berada di hospital agar kuat untuk melawan virus Covid-19..."

"Sebab oksigen suami saya makin menurun hingga perlu pakai bantuan oksigen..."

 

Menjengah pula ke ruangan komen, rakan selebriti dan peminat tak ketinggalan untuk menitipkan ucapan semangat buat Eina di samping berharap agar dia kuat dengan ujian yang menimpa keluarganya ketika ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen