Bantu rakan artis, Zizan dipuji borong baju & sambal Amar Asyraf. -"Saya masuk RM1000, bukan nak menunjuk..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Pandemik Covid-19 yang melanda negara sememangnya memberi kesan kepada rakyat. Tidak ketinggalan mereka yang berada di industri seni juga mengalami nasib yang sama apabila segala aktiviti pengambaran tidak dibenarkan.

Disebabkan itu, ramai selebriti yang terpaksa mencari rezeki dengan cara yang lain sementara menunggu pandemik yang melanda ini reda.

Cari rezeki dengan berniaga.

Turut terkesan dengan pandemik ini adalah seorang pelakon drama, Amar Asyarf yang cuba mencari rezeki dengan berniaga melalui platform media sosialnya.

Membuat IG live untuk berniaga, Amar terharu apabila ramai rakan artis tampil memberi sokongan terhadap jualan sambal dan baju yang dilakukannya.

Namun apa yang mengundang rasa sebak pelakon tersebut apabila pelawak terkenal Zizan Razak memborong produk jualanya semasa IG live tersebut.

“Itu bukan duit saya, itu duit Allah...”

Dalam video yang yang sempat dirakam oleh pengguna TikTok dikenali sebagai @alif.najmi_, Zizan memaklumkan bahawa dia memberikan RM1000 dengan membeli baju serta sambal jualan pelakon tersebut .

Malah, pelawak terkenal juga meminta Amar agar memberikan produk-produk yang dibelinya itu kepada orang ramai.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata memuji tindakan Zizian yang membantu rakan dalam meneruskan hidup ketika pandemik ini.

Respect artis macam ni

Bagus betul, rezeki kongsi bersama

Patutla ramai suka Zizan

Moga Zizian ditemukan jodoh yang baik

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen