Rela tunggu dalam kereta, Ryzal kongsi Maryam asyik nak berkepit je sejak berbadan dua

Oleh: Zuzu Yasmine

Umum tahu bahawa sekarang ini pasangan Durian Kimchi iaitu Ryzal Ibrahim dan juga isterinya Maryam Younarae sedang menunggu masa untuk menimang cahaya mata sulung mereka.

Bagaimanapun, baru-baru ini, satu posting yang dibuat oleh Ryzal telah menarik perhatian netizen yang membimbangkan akan keadaan isterinya.

Maryam ikut Ryzal keluar rumah.

Menerusi kapsyen yang dibuat di Instagram itu, Ryzal memaklumkan bahawa Maryam dengan rela hati ingin mengikutnya keluar rumah meskipun dia tidak menggalakkannya.

“Tiap kali saya keluar Maryam akan tanya “Abang nak sayang ikut tak?” Saya tak benarkan dia ikut risaukan kandungan dan kondisi badan dia tapi kesian pula tinggalkan dia keseorangan di rumah.” – Ryzal

Kasihan akan keadaan Maryam yang sarat mengandung, Ryzal telah membenarkan isterinya untuk mengikutinya namun hanya duduk di dalam kereta sahaja.

“Saya bagitahu dia “Boleh ikut tapi duduk dalam kereta jangan keluar, biar abang je keluar..”


Berdasarkan video yang dimuat naik bersama kapsyen tersebut, memaparkan keadaan Maryam yang keletihan menunggu Ryzal menyelesaikan urusan hingga tertidur di dalam kereta.

Dah sanitize tangan belum?

Bagaimanapun, netizen yang bimbang akan keadaan Maryam bersama anak dalam kandungan itu telah menegur Ryzal yang menyentuh isterinya berlapik sarung tangan dari tempat awam.

Sehubungan dengan perkongsian itu juga, rata-rata netizen menasihati agar Maryam terus kekal duduk. Selain mengakui bahawa emosi wanita hamil sememangnya tidak mahu berpisah dengan suami.

Maryam duduk je rumah, luar bahaya

Moga Maryam diberi kesihatan yang baik

Sayangi isteri anda

Pembawakan budak tu

Sama la, nak berkepit je

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen