"Jangan panggil kami retis, macam hina pekerjaan saya..." -Syafie Naswip

Oleh: Zuzu Yasmine

Tidak selesa digelar ‘retis’ yang menunjukkan artis, pelakon, Syafie Naswip tempil meminta orang ramai tidak menggunakan panggilan seperti itu kepada golongan selebriti.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram miliknya, pelakon berusia 29 tahun itu mengakui bahawa panggilan tersebut mengguris hatinya yang seakan-akan merendahkan golongan artis.

"Minta maaf jika status ini menyentak hati beberapa pihak. Cuma ingin tegaskan, kalau boleh kalau ada sesi bergambar, proses menyapa atau berbalas komen di Instagram, elaklah menggunakan perkataan 'retis'.

"Ia sedikit sebanyak seperti menghina pekerjaan saya. Kalau boleh, cukup anda gelarkan saya pelakon, pameran atau manusia biasa daripada kerap menggunakan panggilan itu.”


Menurut pelakon itu lagi, walaupun dia tersenyum saat dipanggil ‘retis’ namun dia akui terguris dengan panggilan tersebut.

"Mungkin saya hanya senyum atau tidak memberi reaksi apa-apa, tetapi jujur setiap kali dialog itu diungkapkan, ia sangat menghiris hati saya.”

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata rakan artis turut menyokong akan kenyataan tersebut. Selain turut bersetuju agar mengelar diri mereka sebagai anak seni.

Setuju sangat!

Panggil anak seni

Retis sesuai yang ada kontroversi

Lepas ni hati-hati

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen