Dengar lagu 'kesetiaan' luar balkoni, ayah termenung kenang arwah Siti Sarah

Pejam celik, memasuki sebulan penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia.

Pemergiannya sehingga hari ini masih terasa dalam kalangan peminat dan juga rakan selebriti, terutamanya ahli keluarga serta anak-anaknya yang masih kecil.

Pun begitu, amat besar harapan peminat agar ahli keluarganya tabah atas kehilangan seorang wanita yang benar-benar membuka mata ramai orang selepas pemergiannya.

Termenung sambil dengar lagu kesetiaan

Terbaharu, suami kepada arwah Siti Sarah iaitu Shuib menerusi hantarannya di IG Story telah memuat naik video pendek yang menyaksikan bapa mentuanya sedang duduk sendirian di luar balkoni.

 

Namun, apa yang menyentuh hati apabila dia termenung sambil membuka lagu allahyarhamah Siti Sarah di telefon bimbit bertajuk Kesetiaan.

"Rindu seorang ayah"

Dalam entri tersebut, Shuib turut sertakan dengan tulisan , "Rindu seorang ayah".

Meskipun hanya dapat melihat tubuhnya dari belakang, tapi ramai tahu bahawa rasa kehilangan anakanda pada Ogos lalu masih tersisa dari sudut hati yang paling dalam.

Untuk rekod, Siti Sarah Raisuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Ogos lalu akibat daripada jangkitan Covid-19.

Ketika itu, arwah sedang sarat mengandungkan anak keempatnya hasil perkongsian hidup dengan pelawak, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad.

Bagaimanapun, kandungannya sementara arwah Siti Sarah pula sebaliknya kerana mengalami banyak komplikasi berlaku ke atasnya susulan daripada jangkitan tersebut.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen