Gara-gara ramai tak jujur, Neelofa cadang letak profile foto pada sijil vaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Selepas banyak kelonggaran yang diberikan kepada penerima vaksin lengkap dua dos, terdapat segelintir indivdiu yang tidak jujur telah menjual sijil vaksinasi palsu kepada golongan yang tidak mahu mengambil vaksin.

Sehubungan dengan itu, usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa telah mencadangkan agar foto pengguna diletkakan dalam sijil digital bagi individu yang lengkap vaksin.

Cadangan tersebut telah dikongsikan menerusi Insta Story miliknya dengan menyatakan bahawa foto tersebut diletakkan bertujuan mengelakkan berlakunya penipuan atau salah guna sijil milik orang lain.

Dalam posting tersebut, Neelofa juga memuat naik kembali perkongsian Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengenai peringatan kepada pemilik kedai perlu memastikan pelanggan menunjukkan bukti sijil digital vaksinasi.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa aplikasi MySejahtera akan ditambah baik seperti pengesanan mengenai status vaksinasi seseorang.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen