"Latif Romly off market"- Ibu dedah anak dah berpunya, rancang kahwin lepas Paralimpik 2024

Susulan kejayaan yang dijulang Abdul Latif Romly dalam acara Lompat Jauh di temasya Sukan Paralimpik baru-baru ini, namanya terus meniti dari bibir wargamaya terutamanya dalam kalangan para gadis.

Latif Romly dah berpunya

Bercerita tentang status diri, siapa sangka penyumbang pingat emas itu sudahpun mempunyai pilihan hati dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun 2025.

Menurut ibu Latif, Salmah Yatim, anaknya tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa ini kerana masih memberi tumpuan pada minatnya.

Beri tumpuan pada Paralimpik 20205 dulu!

Ini adalah kerana masih memberi tumpuan dalam sukan dan menyasarkan untuk menyertai sukan Paralimpik di Paris pada 2024.

"Latif rancang kahwin pada 2025 kerana buat masa ini dia masih nak tumpukan kepada suka terlebih dahulu. Kalau ikutkan saya, 2025 pun masih rasa Latif terlalu muda untuk berkahwin."

"Namun, kami tiada halangan sebab keluarga pun dah lama saling mengenali."

Difahamkan, hubungan Latif Romly dan wanita berkenaan telah bersulam sejak dari bangku sekolah menengah lagi.

Khabar ini mungkin akan membuatkan para gadis patah hati, apapun tahniah diucapkan buat Latif Romly. Moga hasrat dan tujuan dipermudahkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen