Titipan doa Ebit Lew jadi tanda tanya, betul ke Intan Ladyana hamil?

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak minggu lalu, desas desus akan status kehamilan pelakon Intan Ladyana mula menjadi perbualan ramai namun isteri kepada aktor, Harris Alif ini memilih untuk mendiamkan diri.

Doa buat Intan.

Bagaimanapun, menerusi ‘posting’ terbaru Harris Alif di Instahram, dia ada memuat naik satu video bersama pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew yang menitipkan ucapan dan doa buat pasangan tersebut.

“Hadiah istimewa daripada Ustaz Ebit Lew untuk you sayang @intanladyana,” tulis Harris di ruang kapsyen.

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi tumpuan adalah doa berkenaan turut terselit mengenai ‘kandungan’ dan perkara itu seolah-olah mengiyakan bahawa Intan kini sedang berbadan dua.

“Semoga Harris dan Intan diberi kebahagiaan sampai bila-bila, mati pun tak dapat dipisahkan. Bersama ke syurga Firdaus.

“Mudah-mudahan selamat, kandungan anak soleh solehah. Dikurniakan zuriat sampai kiamat yang membawa kebaikan atas dunia ini. Insya-Allah,” titip Ebit.

“Aaminnn.”

Malah, pelakon berusia 39 tahun itu juga turut mengaminkan doa berkenaan di ruangan komen posting tersebut.

Sehubungan dengan itu, rata-rata menghujani ucapan tahniah dan turut bersyukur kepada pasangan berkenaan.

Tahniah Intan & Harris

Amin, alhamdulillah

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen