"Jangan kerana seorang dua bimbo yang degil, kerajaan tarik balik kebenaran shooting..." - Budak Ijat

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam kerajaan telah bersetuju melonggarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Fasa 1 bagi industri seni yang bakal berkuat kuasa esok.

Perkara tersebut tentunya berita gembira buat penggiat seni yang telah lama menanti-nantikan perkara ini namun, kelonggaran ini hanya diberikan kepada penggiat seni yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, terdapat pula isu di mana segelintir penggiat seni yang bangga apabila dirinya tidak mengambil vaksin namun masih mendapat ‘job’.

“Please jangan buat provokasi di set...”

Susulan itu, pengarah terkenal Shahrulezad atau lebih mesra dengan panggilan Budak Ijat memberikan respon berhubung isu berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Budak Ijat berharap agar segelintir penggiat seni tidak bangga membuat ‘kecoh’ sekiranya dirinya berjaya ‘lolos’ melakukan penggambaraan sedangkan diri masih belum vaksin.

“Jangan bangga sangat memukul canang pada kalangan artis atau crew betapa megahnya dapat menyelit dalam produksi dengan sengaja mencetuskan provokasi yang kononnya tanpa vaksin pun kau bisa meloloskan diri join us. Untuk apa tujuan provokasi tu?”

Nanti kena tarik balik macam mana?

Katanya, sikap pentingkan diri tersebut akan menjejaskan periuk nasi semua pihak yang terlibat dalam industri tersebut selain berharap agar pihak yang terlibat berhati-hati dalam berurusan dengan ‘artis pendek’ akal.

“Untuk rakan produser, pengarah, stesen TV berhati hati lah bila berurusan dengan artis-artis pendek akal macam ni. Nanti tak pasal-pasal dengan kita kita sekali diheret menerima kecaman sama atas tuduhan kita seolah olah sengaja menutup mata sama. Paling seram hanya kerana seorang dua bimbo yang degil ini silap silap kerajaan akan tarik balik kelonggaran untuk shooting yang baru diberikan ini.”

Dalam pada itu, pengarah terkenal itu juga memahami akan tindakan segelintit golongan antivaksin yang sengaja melakukan provokasi ‘bodoh’ seperti itu.

“Mereka marah bila dalam sekelip mata mereka menjadi golongan minoriti yang mereka rasa hak mereka dinafikan. Mereka anggap diri mereka adalah mangsa ketidakadilan sistem.”


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen