“Saya akan ambil di AS nanti bersama suami." - Lana Nordin akui bukan antivaksin

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak kelonggaran untuk melakukan penggambaran buat pengiat seni, rata-rata meluahkan rasa kebimbangan akan segelintir mereka yang menolak vaksin.

Malah, nama pelakon Lana Nordin turut terpalit sama apabila didakwa tidak masih belum menerima vaksin susulan dipercayai akan memasuki set penggambaran drama.

Memetik laporan Kosmo Online, Lana menyatakan bahawa dirinya tidak pedulikan akan perkara itu malah bakal berangkat ke Amerika Syarikat.

“Vaksin ke tak vaksin ke saya tetap tak boleh berlakon kerana akan berlepas ke Amerika Syarikat (AS) Sabtu ini”.


Pemilik nama Mazlina Hasan Nordin itu menegaskan bahawa dia bukan antivaksin seperti yang dikatakan namun ada alasan sendiri tidak mengambil vaksinasi Covid-19 itu.

“Saya bukan tak nak ambil, tetapi anak saya ada masalah kesihatan, dia sakit jantung sejak lahir. Saya pula masih menyusukan dia sampai November nanti.

“Saya pun ada surat daripada doktor dan bukan suka-suka ingin menolak vaksin. Nyawa anak saya lebih penting dan jadi keutamaan sekarang ni,” ujarnya.

Bagaimanapun, Lana menyatakan bahawa dia tetap akan mengambil vaksin tetapi bukan di Malaysia dan tidak dalam masa terdekat ini.

“Saya akan ambil di AS nanti bersama suami. Tunggulah mungkin awal tahun depan ke. Bukan tak nak ambil langsung. Benda nak masuk dalam badan dan saya kena pastikan betul-betul selamat digunakan serta melepasi ujian klinikal.

“Saya ada sebab tersendiri kenapa tak nak ambil vaksin ketika ini. Itu hak peribadi dan hak asasi saya sebagai rakyat. Tiada siapa boleh paksa,” katanya.

Terdahulu, nama Lana menjadi buah mulut netizen dan hangat diperkatakan kerana mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Malah dia dituduh sebagai anti vaksin dan cuba menghasut orang lain dengan mempersoalkan keberkesanan vaksin Covid tersebut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen