"Naluri ibu rasa ada tak kena..." - Pelik kerap demam, anak Shahrol Shiro sakit buah pinggang kronik

Luluh hati seorang ibu melihat keadaan anaknya melawan sakit buah pinggang yang kini berada di tahap kronik.

Anak sakit buah pinggang

Isteri kepada pelawak, Shahrol Shiro menerusi muat naik hantarannya memohon doa dari orang ramai agar anaknya keduanya, Ismail Rifqi yang berusia 8 bulan diberi kesembuhan.

 

Menurut Nur Farhanah Syamimi atau lebih mesra disapa Anna, doktor mendapati buah pinggang Ismail sebelah kanan tiada manakala sebelah kiri pula bengkak.

Tambahnya, disebabkan perkara itu anak keduanya itu perlu mendapatkan rawatan segera memandangkan hanya sebelah sahaja buah pinggangnya yang ada.

Pelik anak selalu demam on off

Bagaimanapun, memetik laporan mStar, Anna mula mengesan sesuatu yang tidak kena terhadap kesihatan anaknya apabila Ismail sering demam dan terdapat sesuatu tak normal pada air kencingnya.

Bimbang melihat perubahan itu, dia dan suami ambil keputusan untuk buat pemeriksaan lanjut selain mendapati anaknya kerap demam.

"Dia selalu demam on off... kalau tengok secara fizikal dia nampak macam sihat sahaja tapi naluri ibu kita rasa macam ada tak kena."

"Apabila tengok dia asyik tak sihat, kami bawa dia bertemu pakar dan buat pemeriksaan lebih menyeluruh."

"Sekarang ini Ismail dimasukkan ke sebuah hospital di Johor dan sedang menerima rawatan antibiotik."

-Anna-

Didoakan agar Ismail Rifqi diberi kesembuhan serta kuat untuk ibu bapanya yang ingin melihat dia sihat seperti sebelum ini.

Harap Sharol dan isteri tabah atas ujian yang sedang ditempuh oleh keluarga mereka.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen