"Pura-pura tak nampak..." -Jawab gosip DSV nak kahwin, respon Cik B pula jadi perhatian

Sejak kebelakangan ini, heboh di media sosial akan pengumuman yang dibuat oleh usahawan terkenal, Dato Seri Vida yang akan menamatkan zaman solonya tidak lama lagi.

Tak berani bagitahu Cik B

Bagaimanapun, usahawan terbabit memaklumkan bahawa dia masih belum berani untuk berterus terang dengan anaknya, Cik B atau nama sebenarnya Nur Adelynn Zamileen Muhammad Amin.

Jelas Cik B dia seorang yang protektif dan ingin Cik B mendengar sendiri dari media bukan dari mulutnya.

"Pura-pura terkejut..."

Pun begitu, siapa sangka ada segelintir wargamaya yang sedang menunggu respon Cik B akan pengumuman yang dibuat oleh maknya dan siapa sangka akhirnya dia tampil buka mulut.

 

Menerusi muat hantarannya di Twitter, Cik B telah berkongsi gambar tangkap layar kerata akhbar tentang DSV beserta dengan kapsyen, 'Pura-pura terkejut dan tak tahu.'

"Mama je lalai"

Siapa sangka, hanya kapsyen ringkas itu telah membuatkan netizen membanjiri posting tersebut dengan pelbagai komen yang menghiburkan.

"Alhamdulillah Cik B dah tahu..."

"Tak jadi nak surprise"

Terdahulu, media melaporkan bahawa Dato' Seri Vida akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli.

Meskipun tidak mengumumkan sebarang tarikh, tetapi ramai yang tidak sabar menunggu hari bahagia mereka. Apapun diharapkan moga kebahagiaann terus mengiringi DSV dan keluarga.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen