12 hari yang mendebarkan, Eina Azman syukur suami dah balik rumah

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebelum ini, pelakon cantik Datin Paduka Eina Azman berkongsi akan keadaan suaminya Daruk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang dikatakan memerlukan bantuan pernafasan selepas kadar okisgen semakin menurun.

Terbaru, pelakon berusia 26 tahun itu meluahkan rasa bersyukur apabila suaminya berjaya mengharungi detik-detik yang mencemaskan itu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Eina menerusi Instagram miliknya bersama memuat naik beberapa keping foto bersama suami dan anak-anak.

“Assalamualaikum. syukur Alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena covid stage 4 dan paru-paru pun dah merebak 30% dengan oxygen yang turun naik dan Dr pun ada cakap kalau dalam masa 2-3 hari oxygen tak ok suami kena masuk icu.”



Berkongsi akan keadaan tersebut, dia meluahkan perasaan bimbang akan keadaan suaminya hingga melakukan pelbagai ikhtiar bagi memastikan sembuh dari wabak tersebut.

“Kalau boleh saya memang tak nak suami saya masuk ke icu. Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu. Hanya Allah saja yang tau perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar macam-macam cara untuk cuba sembuhkan suami saya.”

Dalam pada itu, Eina turut berterima kasih kepada mereka yang banyak mendoakan mereka sekeluarga malah, pada mereka yang berkongsi tips untuk kesembuhan suaminya.

“Saya ingin ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga kawan-kawan, dan semua followers saya yang tak henti-henti mendoakan dan bagi saya macam-macam barang dan tips untuk cuba sembuh kan suami saya. Saya tak mampu nak balas semua Whatsapp dan Dm.”

Terdahulu, Eina memaklumkan bahawa dia, suami serta dua pembantu rumahnya disahkan positif Covid-19 pada ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen