"Sabar tahap wali, setia macam Rahmah..." - Suhaimi Saad titip kata pujian buat Ina Naim

Oleh: Zuzu Yasmine

Nama bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team yang popular sekitar tahun 2000, Suhaimi Saad sering menjadi perhatian netizen terutama pendapatnya yang lantang bersuara mengenai isu vaksin di media sosial.

Baru-baru ini, bekas penyanyi nasyid berkenaan telah memuji kelebihan yang dimiliki isterinya, Ina Naim di media sosial miliknya.

Menurut Suhaimi, Ina diibaratkan seorang wanita yang setia, penyabar dan cantik dari pandangan matanya.

“Tiga kelebihan Ina Naim, cantik walau marah, sabar tahap wali, setia macam Rahmah,” tulisnya di laman Facebook.

Katanya lagi, walaupun sudah 15 tahun usia perkahiwnan mereka namun ikatan cinta masih lagi kuat dan masih romantis.

Shuaimi turut mendedahkan bahawa dia dan Ina masih lagi menunaikan solat bersama-sama, makan bersuap serta jalan berpegang tangan.

Malah dia bersyukur walaupun dirinya tak kaya namun dikurniakan isteri yang baik dan selalu membahagiakannya.

“Alhamdulillah, tak kaya tapi Allah bagi isteri yang baik, taat setia, selalu bahagia,” kongsinya.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji akan kesabaran Ina. Selain itu mereka turut seronok melihat Suhaimi memuji isterinya.

Jarang suami puji isteri

Respect dengan Ina

Untuk makluman, Suhaimi dan Ina telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman El-Khoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nurlayla Elghufrony.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen