Pertama kali jumpa masa akad nikah, pengantin baru malu-malu nak salam hulur tangan

Oleh: Zuzu Yasmine

Jodoh itu merupakan rahsia Allah, walaupun tak pernah berjumpa siapa sangka akan bersatu di majlis pernikahan atas restu orang tua.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna aplikasi TikTok yang menggunakan nama @umarjudge telah memuat naik video semasa dia dan isteri baru sahaja selesai upacara akad nikah.

“Pengantin PKP, tak pernah jumpa.”

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah gelagat pasangan ini yang dilihat malu-malu nak bersalam antara satu sama lain. Malah, difahamkan pasangan ini tidak pernah bertemu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi rakaman berdurasi sembilan saat itu, memaparkan pasangan ini saling menghulur tangan untuk bersalam namun kedua-duanya dilihat gementar.

Malah, baru dua saat tangan saling bersentuh, bag wallet yang dipegang pengantin lelaki terjatuh ke lantai manakala isterinya pula dilihat mengundur ke belakang kerana malu.

“Ketor tangan masing-masing.”

Video tersebut mendapat sambutan hangat hingga meraih lebih 700,000 tontonan. Malah rata-rata netizen teruja melihat adegan sweet tersebut, selain memuji kedua-dua pengantin baru itu.

Terus jadi udang

MasyaAllah

First time sentuh be like.

Sweetnya ya Allah.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen