Jatuh hati sebab pandai ambil hati ibu, lelaki tolak rasa ragu terus datang lamar

Pernah dengar orang kata berkahwin ini tidak hanya melibatkan penyatuan dua hati bahkan juga merangkumi seisi ahli keluarga pasangan masing-masing atau paling tidak melihat cara dia melayan ibu pasangannya.

Jatuh hati kerana layanan pada ibu

Itulah juga yang dititikberatkan oleh lelaki ini apabila memilih calon isteri. Pun begitu, dia meluahkan rasa syukur akhirnya bertemu dengan wanita yang bukan sahaja berjaya mencuri hatinya bahkan juga ibunya.

Menerusi perkongsian di Tiktok oleh pengguna bernama ekkykhairi, dia telah menitipkan ucapan istimewa kepada bakal isterinya sewaktu datang melamar dan yang pastinya bikin mengalir air mata.

"Bertahun-tahun sebelumnya saya rasa berat... sampai akhirnya saya bertemu dengan orang yang boleh menyanyangi ibu saya seperti ibunya sendiri..."

"Saya tak pernah ragu, dengan perempuan yang boleh menyayangi ibu saya sepenuh hati..."

"Menyayangi ibu saya boleh, apatah lagi menyayangi saya..."

Ucapan buat isteri undang sebak

Dalam pada itu, besar hasrat serta impiannya agar pertemuan mereka ini berkekalan sekaligus berharap agar bakal isterinya itu dapat membantu dia memperbaiki diri menjadi seorang lelaki, suami dan anak yang baik.

Menerusi perkongsian, dapat kita tahu betapa pentingnya membuat pilihan dalam memilih pasangan. Mungkin kita rasa dia cukup terbaik, namun bagaimana pula penerimaan ahli keluarga lebih-lebih  lagi ibu bapa.

Restu mereka juga menjadi asbab kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Tanpa doa mereka, boleh jadi hubungan kita bersama pasangan terkontang kanting tanpa matlamat yang jelas.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen