Suami terduduk menangis terima berita pemergian isteri, anak harap bapa kuat tanpa mama di sisi

Oleh: Zuzu Yasmine

Hampir setiap hari, kita mendengar khabar duka tentang kematian disebabkan jangkitan Covid-19. Malah, ‘pemergian’ tak disangka-sangka itu pastinya menyedihkan buat ahli keluarga.

Perginya Mama.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @_finaz telah memuat naik video majlis pengebumian ibunya yang meninggal dunia disebabkan jangkitan Covid-19 tahap lima.

“Perginya seorang yang bergelar MAMA setelah berjuang melawan penyakid covid-19. Semoga arwah mama ditempatkan dikalangan orang-orang beriman soleh solehah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Harap ayah kuat.

Dalam video yang lain pula, pengguna TikTok itu berkongsi pula keadaan ayahnya yang dilihat seakan tidak percaya akan pemergian isteri tercintanya.

Rakaman video berdurasi 20 saat itu memaparkan pelbagai keadaan bapanya, ketika menguruskan jenazah ibunya.

Malah, dapat dilihat bapanya menangis terduduk ketika menerima khabar tersebut dan termenung di tanah perkuburan ibunya.

“Mohon doakan abah saya Mahadzir bin Bakar terus kuat. In sha Allah semoga kita dapat berkumpul semula di akhirat, anak-anak sentiasa ada untuk abah.”

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan takziah selain turut berharap agar bapanya terus kuat berdepan dengan ujian tersebut.

Mereka juga turut berkongsi pengalaman hampir sama dengan bapa pengguna TikTok itu.

Semoga ayah kuat!

Salam takziah

Mak/ayah saya pun macam ni

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen