Budak 'viral' dipukul bapa selamat, Lufya simpan hasrat jadi ibu angkat. -"Dia bukan warganegara."

Baru-baru ini telah tular sebuah rakaman yang menyaksikan kejadian budak perempuan yang tetap membela ayahnya walau telah dipukul.

Selain meluahkan rasa kasihan, orang ramai turut bimbang sekiranya anak kecil itu diperlakukan dengan lebih teruk jika pihak berwajib tidak mengambil tindakan.

Kisah anak tetap bela ayah dapat perhatian

Bagaimanapun, kisah tersebut menjadi perhatian pelakon dan juga penyanyi, Lufya sehingga dia berhasrat untuk menjadikan budak yang dikenali sebagai Aisyah itu sebagai anak angkat.

Aisyah kini dibawah jagaan JKM

Menerusi hantaran di IG, Lufya berkongsi perbualannya dengan rakannya yang juga merupakan seorang aktivis untuk mengetahui perkembangan semasa kes Aisyah.

Menurut rakannya, Aisyah kini telahpun diambil oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) malah, lokasi serta maklumat berkenaan Aisyah juga tidak boleh didehakan memandangkan ianya kes mahkamah.

Ayah ditahan, ibu meninggal dunia

Pun begitu, niat Lufya untuk menjaga kebajikan Aisyah itu tidak kesampaian susulan status kewarnegaraan kanak-kanak itu.

Difahamkan lagi, ibunya telah meninggal dunia, sementara bapanya pula telah ditahan polis.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen