"Semua pihak dah daftar awal..." -Masjid Putra perjelas isu dua darjat ketika Solat Jumaat

Pihak pengurusan masjid telah memuat naik kenyataan berhubung rakaman tular dengan membenarkan kumpulan VVIP menunaikan solat Jumaat tanpa perlu mengambil giliran seperti jemaah lain.

Masjid Putra perjelas isu dua darjat

Isu tersebut menjadi tular apabila ramai meluahkan rasa tidak puas hati selain menganggap ia 'double standard'.

Bagaimanapun, pengurusan Masjid Putra Putrajaya dalam kenyataanya mengambil maklum akan perkara tersebut sekaligus memohon maaf di atas salah faham yang berlaku.

 

Kapasiti jemaah mencukupi

Difahamkan, jemaah yang hadir pada waktu itu telah dimaklumkan secara baik akan prosuder masjid yang akan menutup pagar utama apabila cukup kuota yang ditetapkan.

"Pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah yang dah daftar awal dan memaklumkan jangkaan waktu tiba."

"Apabila kapasiti jemaah mencukupi, pihak pengurusan akan tutup pagar utama masjid..."

-Pengurusan Masjid-

Dalam pada itu, pihak pengurusan turut memaklumkan akan meningkatkan lagi usaha dalam menyediakan perkhidmatan yang baik untuk jemaah selepas ini.

Rakaman tular

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen