Jodoh merupakan antara rahsia Allah yang tak siapa tahu, bahkan ia juga sesuatu yang tak dapat dijangka. Boleh jadi orang yang paling rapat adalah jodoh yang telah disiapkan untuk kita.
Tidak terlalu cepat dan tidak juga terlalu lambat, ia datang tepat pada waktunya seperti yang dilalui oleh pengguna Tiktok dari seberang ini.
Pengantin malu-malu ketika bergambar
Menerusi perantaraan ibu bapa, dia rela hati menerima lamaran jiran depan rumah tetapi situasi ketika dilamar pula jadi perhatian.
Dia yang menggunakan nama annekezh terlihat malu-malu ketika sesi fotografi bersama calon suami yang juga merupakan jiran berhadapan rumahnya.
Mungkin jarang menyapa antara satu sama lain membuatkan mereka berasa canggung dengan situasi tersebut.
Dalam pada itu, ruangan turut dipenuhi dengan ucapan tahniah selain berharap agar urusan jodoh mereka juga dipermudahkan.
Tinggalkan Komen