Laris dalam satu malam, Vivy terharu koleksi tudung bernilai RM550 habis terjual

Oleh: Zuzu Yasmine

Siapa yang tidak kenal dengan nama usahawan terkenal, Datin Vivy Yusof  yang sering menarik perhatian ramai dalam setiap produk keluarannya.

Baru-baru ini, pemilik jenama tudung miliknya telah melancarkan koleksi terbaru yang dipercayai berkolaborasi dengan mainan popular dunia Monopoly.

Malah dalam posting di Instagram miliknya dia meluahkan rasa terharu apabila koleksi tudung tersebuta berserta set koleksi berkenaan telah habis dijual dalam satu malam sahaja.

“Saya harap saya dapat repost semua orang punya Monopoly post. Hati saya rasa sangat penuh. Kesemua habis terjual, dari set mainan hingga ke skarf dan beg. DALAM SATU MALAM.

“Ianya sangat mengejutkan. Malah pihak Monopoly juga terkejut dengan permintaan luar biasa. DALAM SATU MALAM. Alhamdulillah. @theduckgroup” tulisnya.

Untuk makluman, harga untuk set Monopoly X dUCK Shawl atau Square dijual ialah RM550 manakala koleksi tudung sahaja pula dijual dengan harag RM250 sehelai.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet meminta agar Vivy restock kembali koleksi berkenaan kerana ramai yang tidak sempat untuk memilikinya.

Restock please!

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen