"Dah cukup ada lima ayah..." - Cik B harap isu Dato Seri Vida nak kahwin sekadar 'marketing'

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa minggu ini kecoh akan percintaan usahawan kosmetik, Dato Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

Malah, pasangan ini dikatakan sedang sibuk membuat perancangan untuk mendirikan rumah tangga yang dipercayai akan berlangsung pada Disember nanti.

Cik B tak setuju Mama kahwin lagi.

Terbaru, anak kepada usahawan kosmetik berkenaan, Cik B tampil di temubual Melodi mengakui tidak bersetuju akan keputusan ibunya yang ingin mendirikan rumah tangga.

Katanya, jarak usia antara ibunya dengan Iqbal adalah sangat jauh menyebabkan dia tidak merestui perkahwinan tersebut.

“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25. Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi. Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.

“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.”


Dalam pada itu, Cik B turut mendedahkan bahawa hubungan dia dan juga bakal bapa tirinya itu tidak baik malah mereka seringkali bergaduh.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa. Saya gaduh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.”


Harap ini marketing, cukup 5 ayah

Cik B juga berharap bahawa semua perkara ini sekadar ‘marketing’ semata-mata namun tidak sangka lama kelamaan semakin serius membuatkannya takut.

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah. Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.

“Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.”

Dalam kesempatan itu juga Cik B turut berpesan kepada ibunya supaya memikirkan perkara ini dengan baik selain menilai niat seseorang mendekatinya. Malah dia juga berharap dapat terus menjaga ibunya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen