'Surprise birthday' bakal imam, gelagat Dato Seri Vida malu-malu pula jadi perhatian

Oleh: Zuzu Yasmine

Kisah percintaan Dato Seri Vida bersama bekas pembantu peribadinya, Ahamd Iqbal Zulkefli nampaknya bukan lagi rahsia apabila pasangan ini telah merancang bakal mendirikan rumah tangga pada hujung tahun ini.

Kejutan dari DSV.

Terbaru, menerusi posting yang dibuat Iqbal di Instagram miliknya memaparkan ketika dia menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya ke-27 bersama kekasih hati iaitu usahawan kosmetik berkenaan.

Rakaman video berdurasi tujuh minit dan 52 saat itu memaparkan reaksi Iqbal yang terkejut apabila melihat Dato Seri Vida bersama beberapa hadiah di depannya.

Hilang kata-kata.

Bagaikan terpaku melihat kejutan itu, Iqbal seakan hilang kata-kata namun perkara yang pertama di lontarkan adalah keadaan anak perempuan Dato Seri Vida iaitu Cik B yang tidak setuju akan hubungan mereka.

Dalam pada itu, Iqbal turut berjanji akan menjaga kedua-dua bakal anak tirinya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya kelak selain menyifatkan usahawan kosmetik itu paling banyak mengalah sejak dari perkenalan mereka.

Sehubungan dengan perkongisan itu, rata-rata netizen tertarik akan gelagat Dato Seri Vida yang dilihat malu-malu ketika itu, selain mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Malu-malu pula DSV

Teruja tengok pasangan ni

Ni betul-betul ke main-main

Moga dipermudahkan urusan

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen