Maut dirempuh kereta lawan arus, sepupu dedah arwah selalu minta maaf. -"Status dia pelik."

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri antara dua buah kereta sehingga menyebabkan kematian.

Susulan insiden, siapa sangka akhirnya terjawab tanda tanya sepupu kepada salah seorang mangsa kemalangan, Muhammad Hafiz Syamir apabila mendedahkan arwah sebelum itu sering memohon maaf atas sebab yang tak dapat dipastikan.

Status Whatsapp pelik

Memetik laporan Harian Metro, dia yang dikenali sebagi Siti Harkom memberitahu bahawa kali terakhir mereka berhubung adalah kira-kira tiga hari lalu, tetapi menyedari status Whastapp arwah kebelakangan ini agak menyentuh hati.

"Dalam seminggu ini, saya perasan status Whatsapp dia agak lain macam, termasuk 'kalau andai salah kata, saya minta maaf' dan 'Andai satu hari saya pergi, mohon maafkan saya'."

-Siti Harkom-

Cari duit nak sambung belajar

Tambah gadis itu, arwah pernah berjanji untuk pulang ke kampung di Sabah bersama sepupunya sebaik berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Bahkan arwah juga ada memberitahu hasratnya ingin menyambung pengajian.

"Kami berasal dari Semporna, Sabah tetapi lahirnya dan membesar bersama di sini. Di rumah ini arwah tinggal dengan makcik pakcik kami (ibu saudara) manakala adik beradik arwah tinggal dengan keluarga di Sabah."

"Di sini, arwah bekerja di kilang membuat alat muzik sebab dia cakap nak cari duit untuk sambung belajar."

-Siti Harkom-

Dalam pada itu, mereka sekeluarga amat berharap agar pihak berkuasa bertindak tegas dan mengenakan hukuman setimpal terhadap pemandu yang melawan arus itu.

Rakaman kejadian

Media sebelum ini melaporkan satu kemalangan melibatkan sebuah kereta triton memandu secara melawan arus sehingga telah melanggar sebuah kereta yang berada di laluan itu.

Lebih memeranjatkan lagi, pemandu terbabit rupanya positif dadah dan telahpun ditahan oleh pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen