Dilamar tokoh tahfiz usia 18 tahun, gadis tak kisah kahwin muda. -"Jodoh datang tepat waktu."

Bercerita tentang berkahwin di usia muda, kita akan menerima pelbagai pandangan dari orang sekeliling, baik yang positif mahupun sebaliknya.

Hal itu pastinya tak lain tak bukan berkait dengan tanggungjawab dan juga kestabilan kewangan seorang ketua keluarga, apatah lagi bila mengetahui mereka masih muda.

Kahwin usia muda

Namun, siapa sangka pasangan ini telah bertemu jodohnya ketika masing-masing berusia 18 dan 19 tahun.

 

 

Berkongsi moment bahagia mereka, pengantin perempuan yang dikenali sebagai Afriena Huda telah memuat naik sebuah video di laman Tiktok.

"Ia tentang waktu yang tepat..."

Beserta dengan itu, dia di ruangan kapsyen memberitahu bahawa ianya bukanlah tentang usia yang muda, sebaliknya waktu yang tepat.

"Its not about at the young age, but at the right time."

Berjodoh dengan tokoh tahfiz 18 tahun

Difahamkan, dia telah disatukan dengan Abdul Rauf Sapuan yang juga merupakan tokoh tahfiz berusia 18 tahun.

Pemuda berkenaan berasal dari Kelantan dan namanya pernah menjadi sebutan suatu ketika dahulu apabila berjaya menghafal satu muka surat surah Al-Quran dalam tempoh kurang 8 minit.

"Moga sampai Jannah"

Menjengah pula ke ruangan komen, selain dibanjiri ucapan tahniah serta pujian ke atas pasangan mempelai, ada juga netizen yang mulai tak senang duduk mengenangkan nasib diri yang masih solo meskipun usia makin bertambah.

"Masya Allah cantiknya..."

"Ini malas buka phone"

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen