"Nampak lebih manis..." -Lama menyepi, Mas Idayu kini tampil berhijab?

Nama Mas Idayu bukanlah lagi asing dalam arena muzik genre dangdut. Dia juga merupakan antara juri yang lantang dalam menyuarakan komen di mana-mana pertandingan nyanyian.

Mas Idayu tampil berhijab

Bercerita pula tentang perkembangan semasanya, kini nama Mas Idayu menjadi sebutan bukan dek kerana kontroversi tetapi penampilan terbaharunya apabila penyanyi berkenaan tampil berhijab.

Mas Idayu dipuji lebih manis bertudung

Perubahan itu secara tak langsung telah menjadi perhatian wargamaya terutamanya dalam kalangan peminat bukan sahaja dari dalam negara bahkan juga dari seberang.

Tak dinafikan rata-ratanya memuji kemanisan penyanyi dangdut itu ketika bertudung.

Pun begitu, foto lamanya tidak bertudung masih ada di laman Instagram malah, asbab penghijaran tersebut juga tidak dikongsikan lebih lanjut.

Apapun di doakan agar usaha mami untuk berhijab berterusan.

 

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen