Semalam, kecoh di media sosial akan seorang pemuda yang berjaya menangkap teman wanitanya yang kantoi curang di belakangnya.
Kecewa akan tindakan teman wanitanya yang berpura-pura tidak mengenalinya, dia telah memuat naik video kejadian tersebut di platfrom TikTok miliknya.
Tampil mohon maaf.
Sehubungan dengan kejadian tersebut, pemuda berkenaan telah tampil memohon maaf akan tindakan tersebut dan mengakui kesilapannya memuat naik video berkenaan.
Menurut video yang dimuat naik di platform TikTok @nano_yuko ini menyatakan bahawa dia telah menyelesaikan secara baik dengan dua individu yang terlibat dalam video berkenaan.
Katanya, dia menyesal akan tindakan tersebut selain memohon orang ramai agar tidak menyebarkan video kejadian tersebut lagi.
“Kami ada di belakang kau”
Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat buat pemuda berkenaan. Selain turut bersimpati akan nasib yang menimpa dirinya.
Kenapa dia kena minta maaf?
Minta maaf tak bererti kalah
Dia orang dah lama 'break' la
Apa-apa pun diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua pihak.
Tinggalkan Komen