Cuma sempat akad nikah sebelum PKP, pasangan bawa 'baby twin' bersanding sekali

Oleh: Zuzu Yasmine

Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sebelum ini, ramai pasangab terpaksa menangguhkan majlis kahwin impian mereka demi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun, selepas diberi kelonggaran oleh pihak kerajaan, ramai yang merebut peluang untuk mengadakan majlis perkahwinan bagi menghebohkan ikatan sah terutama pada saudara mara terdekat dan sahabat handai.

Bawa ‘baby’ kembar bersanding sama

Tidak melepaskan peluang merebut detik itu, wanita dikenali Nureen Naima bersama suaminya Tun Syazreen turut menggunakan peluang berkenaan bagi meraikan hari bahagia mereka.

Menerusi kompilasi gambar berdurasi 18 saat itu memaparkan Nureen dan suami sedondon mengenakan persalinan berwarna maroon sambil dukung cahaya mata sulung mereka iaitu Areeq dan Aryan ke atas pelamin.

Lepas nikah terus bunting pelamin

Berkongsi detik bahagia itu di platform TikTok, Nureen Naima memaklumkan bahawa dia dan suami telah bernikah pada awal Februari tahun lalu dan disahkan bunting pelamin selepas tiga bulan berkahwin.

Disebabkan PKP, mereka terpaksa menangguhkan perkahwinan mereka dan telah mengadakan majlis pada Januari tahun ini sekaligus membawa anak kembarnya ke pelamin idaman mereka.

Video berkenaan meraih hampir 833,000 tontonan, malah pelbagai reaksi ditinggalkan netizen yang rata-rata teruja melihat pasangan berkenaan bersanding bersama anak mereka. Selain itu, mereka turut mendoakan kebahagiaan pasangan.

Tak ada isu mak ayah tak jemput

Semoga bahagia

Bestnya sanding dengan anak

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen