Shuib jumpa Ayash Affan kali pertama, -"Sihat kuat menyusu, muka macam daddy..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Hari ini, Shuib Sepahtu berkongsi khabar bahawa dirinya akan bertemu dengan anak bongsunya, Ayash Affan di hospital. Malah, ini merupakan kali pertama pelawak berkenaan bertemu dan menyentuh anaknya bersama penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

Bertemu kali pertama selama 3 jam.

Berkongsi keadaan terkini anak bongsunya itu di Instastory, Shuib memaklumkan bahawa dia telah meluangkan masa bersama Ayash selama tiga jam di hospital.

Shuib juga bersyukur apabila anaknya yang berusia 39 hari itu semakin sihat apabila berat badan mencecah 2.6 kilogram.

“SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangan masa 3 jam dengan Ayash Affan. Syukur, Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat.”


“Muka macam daddy”

Dalam pada itu, pelawak berusia 37 tahun itu juga memaklumkan bahawa anak bongsunya itu memiliki wajah seiras dengannya.

“Muka macam daddy lah ibu. Memang special sangat hadiah dari ibu. Allahuakbar, i wish you are here sayang. I love you.”

Terdahulu, penyanyi lagu Kesetiaan itu telah menghembuskan nafasnya di Pusat Perubatan Univeriti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur selepas tahap oksigen menurun kerana dijangkiti Covid-19.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen