Mengaku tak bersalah babitkan kes dadah, Anju tak mahu berahsia lagi

Oleh: Zuzu Yasmine

Beberapa bulan lalu, nama pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie pernah dikaitkan dengan isu seorang selebriti wanita ditahan polis dipercayai positif dadah jenis methamphetamine dalam sebuah serbuan.

Terbaru, Zarina Anjoulie didakwa di Mahkamah Majistret di atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Mahkamah Majistret Seremban, hari ini.

Bagaimanapun, Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah juga menetapkan tarikh sebutan semula pada 7 Oktober depan untuk serahan dokumen daripada pihak pendakwan kepada pasukan pembelaan.

Memetik laporan Harian Metro, Anju memaklumkan bahawa dia lebih selesa apabila dapat berkongsi dan bersikap telus kepada orang ramai terutama pada netizen dan 'followers'.

"Tiga hari lepas semasa sesi siaran langsung di Instagram saya memang cakap akan ke mahkamah hari ini. Saya tidak mahu tipu 'followers' (pengikut)."

"Apa pun saya nak berterima kasih pada 'followers' kerana sentiasa memberikan sokongan. Saya tidak menjangka mereka tetap ada bersama saya selain masih memberikan kata-kata semangat. Terharu saya dibuatnya.


"Saya memang tak nak sorok pun mengenai perbicaraan kes ini. Saya nak lalui ini tanpa berahsia. Saya lebih selesa untuk bersikap telus dan berkongsi pada semua. Bagi saya mudah, apa saja berlaku saya beritahu terus. Saya bukan nak bangga. Kalau tanya tak berasa malu kah, mestilah malu. Tapi saya nak jujur," katanya.

Dalam pada itu, dia turut berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan berterima kasih kepada mereka yang terus menyokongnya.

"Saya ada pasukan peguam yang bagus. Insya-Allah, doakan semoga kes ini dapat diselesaikan. Terima kasih sekali lagi pada netizen dan 'followers'. Sebenarnya, mereka boleh saja pilih tak sokong saya, tapi sebaliknya," ujarnya.

Terdahulu, media melaporkan seorang selebriti tanah air ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai di sini.

Suspek seorang wanita berusia 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada pukul 9.15 malam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen