Lebih banyak kelonggaran akan diberi, kebenaran rentas negeri diputuskan esok?

Oleh: Zuzu Yasmine

Orang ramai tentunya tertanya-tanya bilakah kelonggaran merentas negeri akan diberikan kepada semua berikutan sudah ramai ‘berkurung’ di rumah sejak awal pandemik lagi.

Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mengadakan pertemuan dengan tiga rakan Kabinet pada Selasa bagi membincangkan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik.

Menurut beliau, tiga menteri yang akan ditemuinya ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Katanya, Hishammuddin berkata, dalam pertemuan itu, beberapa agenda akan dibincangkan termasuk berkaitan perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, gelembung pelancongan dan naratif untuk memasuki fasa endemik.

“Pertama, kita akan lihat kepada keputusan-keputusan kelonggaran yang telah pun diumumkan kepada orang ramai dan bagaimana SOP yang sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami.

“Ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini.

“Tan Sri Annuar Musa boleh bantu untuk ceritakan dan maklumkan kepada orang ramai melalui platform sedia ada,” ujarnya.

Tambah beliau, penelitian juga akan diberikan kepada kelonggaran yang dipersetujui sebelum ini di mana ia perlu diperhalusi sebaiknya sebelum diumumkan kepada orang ramai.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sembrong itu tidak memperincikan waktu dan lokasi pertemuan tersebut dan hanya memberitahu ia akan diadakan esok.

Sebelum ini, media melaporkan kerajaan sedang meneliti kelonggaran bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian lebih bebas dalam norma baharu.

Kelonggaran itu termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen