Bantah selagi boleh, Cik B tetap pendirian, -"Lepas bercinta mama kurang beri perhatian..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak beberapa hari ini, kisah percintaan Dato Seri Vida bersama bekas PA Ahamd Iqbal Zulkefli menjadi perhatian ramai.

Malah, kisah percintaan ini juga mendapat tentangan dari anak perempuannya, Cik B walaupun sudah tahu akan rancangan perkahwinan ibunya ada hujung tahun ini.

“Selagi mampu saya tetap dengan pendirian saya,” itulah yang dikatakan oleh Cik B selepas ketika ditemu bual oleh mStar berikutan perancangan perkahwinan ibunya.

Menurut pemilik nama Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, atau lebih mesra dengan panggilan Cik B, dia mempersoalkan akan keputusan ibunya yang ingin berkahwin lagi memandangkan pernah beberapa gagal dalam perkahwinan terdahulu.

"Umur macam mama sekarang ni tidak perlu fikir fasal perkahwinan, mama hanya perlu fikir tentang keluarga. Mama nak kahwin buat apa lagi?"

"Saya tak suka mama kahwin lagi sebab ramai lelaki yang kahwini mama sebelum ini ada banyak sisi buruk mereka. Lebih baik mama be happy dengan saya dan adik... lagi pun saya tak suka ada ayah baharu..."

Tambahnya lagi, perkara yang berlaku ketika ini terlalu mengejutkan dirinya selain dia berharap semua perkara ini sekadar ‘marketing’.

"Benda ni berlaku sangat cepat dan mengejutkan, saya harap ini semua hanya marketing. Tapi risau juga takut mama tu terjatuh hati pula..."

Ditanya mengenai ketidakserasian dengan bakal bapa tirinya, Cik B menyatakan bahawa Dato Seri Vida bersama Iqbal pernah ‘kantoi’ bermesra di belakangnya membuatkan dia tidak menyenanginya.

“Dia orang selalu sweet-sweet belakang saya, pernah kantoi sebab tu bergaduh dengan abang Iqbal. Masa tu saya dengan mama macam tak rapat. Mama tu dia bercinta dia lupa benda lain..."


Cik B juga menyatakan bahawa Dato Seri Vida telah kurang memberinya perhatian sejak bercinta dan berharap ibu cukup memiliki dia dan adik lelakinya, Muhammad Eric Zecquan (Kacak).

“Mama macam kurang perhatian terhadap saya, lagipun mama cukup la ada saya dengan Kacak...”

Katanya lagi, adiknya yang mesra dengan panggilan Kacak itu tidak kisah sekiranya ibunya memilih untuk berkahwin lagi, namun tidak pula bagi dirinya.

“Dia macam biarlah mama nak kahwin pun, tapi saya tetap dengan pendirian saya kerana saya seorang sahaja yang boleh hentikan perkahwinan ini,” jelasnya.

Semalam, tular di media sosial akan kejutan ulang tahun kelahiran Iqbal yang dilakukan khas Dato Seri Vida buat bakal imamnya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen