"Baliklah, dah orang tak suka kita..." -Lana Nodin selamat tiba di USA, syukur urusan dipermudah

Lana Nodin menerusi muat naik hantarannya di Instagram memaklumkan telah selamat tiba di United States of America (USA) pada Isnin.

Lana Nodin selamat tiba di USA

Tidak ingin mengeruhkan keadaan dengan pelbagai spekulasi akan keputusannya dan keluarga untuk pulang ke sana, artis terbabit tampil dengan kenyataan di ruangan kapsyen pada hantaran terbaharunya.

 

 

"Ni video khas aku buat untuk yang selalu menghina dan masih mencaci dan suka buat spekulasi sendiri tanpa tanya saya, tanpa selidik, tanpa mengkaji kenapa dan apa saya buat!"

Pernah dihalau pulang semula ke USA

Dalam pada itu,  Lana turut memberitahu tentang komen-komen segelintir pihak yang meminta agar dia pulang semula ke USA berikutan perkongsiannya tentang hak individu mengambil vaksin.

"Sibuk suruh aku balik USA siap halau aku dari negara aku sendiri... ok ni aku balik, aku buktikan apa yang korang cakap tu..."

"Bila aku dengan @Ritarudaini share info, kami dilabelkan berbagai nama, padahal kami bagitahu apa yang benar..."

-Lana Nodin-

 

"Syukur Allah mudahkan..."

Bagaimanapun, tambah Lana lagi dia bersyukur kerana proses dokumentasi sebelum bertolak ke USA dipermudahkan selain berpesan agar orang ramai berhenti mendiskriminasi serta menghormati keputusan seseorang.

"Alhamdulillah perjalanan aku sangat-sangat dipermudahkan, tiada sebarang cable, ni semua cable Allah..."

"Stop discrimanation and respect other decisions..."

Sekadar info, nama Lana Nodin sebelum ini pernah menjadi bualan dalam kalangan netizen susulan perkongsiannya terhadap hak individu mengambil vaksin.

Tidak hanya dengan itu, bahkan dia juga menerima pelbagai kritikan serta kecaman berhubung perkara tersebut.

Bagaimanapun, pelakon itu tidak melatah sebaliknya tampil dengan kenyataannya bahawa dia bukanlah tergolong dalan individu yang menolak vaksin seperti yang digembar-gemburkan orang ramai.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen