Jepun keluar amaran minta rakyatnya di Asia hati-hati, PDRM jamin negara masih selamat

Memetik laporan The Sun Daily, kedutaan Jepun di Kuala Lumpur telah mengeluarkan amaran kepada wargenagaranya di Malaysia mengenai kemungkinan ancaman pengganas.

PDRM jamin keselamatan Malaysia

Susulan perkara itu, Ketua Polis Negara iaitu Dato' Acryl Sani dalam kenyataannya memberitahu bahawa pihaknya mengambil maklum akan amaran tersebut. 

Jelas beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan  dan kenteraman awam negara adalah terkawal selain memaklumkan bahawa pihak PDRM tidak mengesan sebarang maklumat mengenai ancaman.

"Berdasarkan situasi semasa, PDRM beri jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah terkawal."

"Orang ramai diminta tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat."

-Acryl Sani-

Difahamkan, seramai 31,000 warga Jepun di Malaysia telah dimaklumkan akan perkara itu di mana mereka perlu menjauhkan diri dari aktiviti keagamaan serta kawasan-kawasan yang sesak.

Menurut pegawai kedutaan Jepun, arahan yang dikeluarkan pada Isnin adalah memetik laporan perisikan dan kemungkinan ada serangan terhadap rumah ibadat serta tempat-tempat perhimpunan besar di wilayah ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen