"Jangan apikan dia..." -Tak kisah difitnah, Iqbal cuma harap netizen tak ganggu emosi Cik B

Hubungan percintaan usahawan kosmetik Dato' Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal bukanlah lagi rahsia bahkan ia kini semakin hangat diperkatakan dalam kalangan netizen.

 

Bagaimanapun, siapa sangka hubungan mereka mendapat tentangan daripada Cik B dan dia tidak berselindung sikitpun terhadap pengakuan yang dibuat di media sosial.

Iqbal dedah DSV nangis fikir Cik B

Mengambil maklum akan perkara itu, Iqbal dalam kenyataannya di IG Story dedah bahawa DSV seharian menangis dan tak makan memikirkan keputusan anaknya.

Hal itu diceritakan oleh usahawan terbabit ketika menyambut ulang tahun kelahiran Iqbal pada Isnin.

"Hari ini seharian Dato' Seri Vida menangis, tak makan memikirkan Cik B...saya turut kasihan pada Cik B, sejak kecil dia jarang ada masa bersama."

-Iqbal-

"Saya faham perasaan CIK B"

Tambahnya, keputusan Cik B pastinya terkait dengan pengalaman yang pernah dilalui oleh mereka sekeluarga selepas beberapa kali DSV gagal dalam perkahwinan.

"Saya faham perasaan Cik B marah jika ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup, banyak tohmahan dan tuduhan yang saya harus tanggung."

-Iqbal-

"Jangan tambah api pada Cik B"

Jelas Iqbal, dia tidak kisah dengan segala fitnah yang diterima tapi jangan sesekali kaitkan dengan Cik B sehingga boleh mengganggu emosinya.

"Orang di luar sana tak dapat gambarkan keadaan Cik B apabila dia marah. Luar Biasa, tiada siapa berani nak masuk dekat."

"Saya tabah menelan fitnah, namun jangan sesekali menambah api pada Cik B, kasihan emosi dia."

"Seharusnya beri semangat pada dia..."

-Iqbal-

Cik B sebelum ini pernah meluahkan rasa curiganya dengan keputusan Iqbal yang ingin berbinikan DSV. Menurutnya, bekas pembantu peribadi mamanya itu seperti ada agenda lain.

Pun begitu, harap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dari kedua-dua pihak.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen