Berakhir 'class online' 3 semester, IPT bakal terima kemasukan pelajar ke kampus mulai Oktober

Seperti yang kita tahu bahawa hari ini Menteri Pengajian Tinggi, YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung Pengoperasian Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Pengumuman rasmi Kementerian Pengajian Tinggi

Berikut merupakan antara intipati yang diketengahkan oleh beliau sewaktu pengumuman itu dibuat sekaligus bagi menjawab segala kekeliruan warga pendidik dan juga pelajar IPT.

 

Kemasukan pelajar lengkap vaksin secara bergilir

Menurut Noraini Ahmad, pihaknya mengambil penelitian akan cabaran yang dilalui oleh warga IPT sepanjang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian ini.

Justeru itu, KPT akan melaksanakan kemasukan pelajar secara fizikal ke kampus secara berperingkat sepertimana yang diluluskan oleh MKN bermula 15 Oktober.

Tambah beliau, kemasukan tersebut hanya melibatkan pelajar dan kakitangan IPT yang sudah lengkap divaksin sahaja selain mengetatkan SOP bagi menguruskan pergerakan keluar masuk.

Pengurangan 20% yuran pengajian

Sementara itu, bagi menyantuni pelajar IPT pula, pihak KPT mengumumkan pengurangan yuran sebanyak 20 peratus kepada semua pelajar warganegara di Universiti Awam (UA) bagi semesteri 1 sesi 2021/2020.

Nilai keseluruhan RM175 juta itu bakal memberi manfaat kepada 553,340 pelajar.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen