Kepulangan yang dinanti, kakak dan abang sambut dengan selawat, "Welcome home Ayash!"

Oleh: Bella Bahrin

Sejak ditahan di wad kanak-kanak pada bulan lepas, akhirnya anak keempat allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang diberi nama Ayash telah selamat kembali ke rumah. 

Menerusi perkongsian daripada muat naik video oleh ibu tiri allahyarham Siti Sarah, kepulangan bayi Ayash telah disambut dengan penuh gembira oleh ahli keluarga Shuib dengan alunan selawat. 

Welcome home Ayash!

Menurut ibu tiri allahyarham Siti Sarah, kepulangan Ayash merupakan kepulangan yang sangat dinantikan oleh seluruh ahli keluarganya. 

"Alhamdulillah, Masha Allah
Kepulangan yg sangat2 di nantikan oleh kami semua.
Terima kasih pada semua yg mendoakan Ayash.
Utk ibunya sama2 kita hadiahkan Al fatihah 🤲"

Alhamdulillah, sebak terkenangkan arwah Siti Sarah

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya ramai yang mengucapkan syukur di atas kepulangan bayi Ayash ke pangkuan keluarga. 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen