Teruja main lagu 'happy birthday", ayah termenung lepas diingatkan hari jadi arwah. -"Rupanya dia lupa..."

Lebih sebulan arwah penyanyi Siti Sarah meninggal dunia, namun nama serta telatahnya terus kekal di sanubari hampir seluruh rakyat Malaysia yang tak dinafikan terkesan dengan pemergiannya.

Air muka ayah berubah 

Namun, selama tempoh itu siapa sangka ayah arwah iaitu Raisuddin Hamzah menyimpan rindu terhadap anaknya meskipun tidak ditunjuk secara zahir.

 

Perkara itu dapat dilihat menerusi perkongsian video di Tiktok oleh pengguna bernama Sofeaaryshah. Video tersebut telah dimuat naik semula olehnya menerusi hantaran Shuib di Instagram pada Selasa.

Rupanya terlupa tarikh ulang tahun arwah

Difahamkan, Raisuddin terlihat teruja bermain piano dengan menggunakan ritma lagu 'Selamat Hari Jadi'. Pun begitu, air mukanya terus berubah ketika diingatkan tarikh ulang tahun kelahiran arwah Siti Sarah yang jatuh pada tanggal 15 September, hari ini.

Cuba menyembunyikan rasa sebaknya, tetapi rata-ratanya pasti tahu perasaan yang sedang menyelebungi si ayah. Nyata dia terlupa hari istimewa itu.

"Saja nak hiburkan hati"

Menjengah pula ke ruangan komen, ada juga yang berpendapat bahawa Raisuddin pasti ingat tarikh itu, cuma lagu yang dimainkan sekadar hiburan buatnya.

"Allahu sebaknya tengok muka dia"

Selain itu, netizen turut meluahkan rasa sebak melihat air muka ayah arwah yang cuba untuk menyembunyikan rasa sedihnya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen