Kepulangan Ayash Affan disambut gembira, tapi wajah sayu atuk pula jadi perhatian

Kepulangan Ayash diiringi selawat

Umum sedia maklum bahawa semalam merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu apabila anak keempat arwah bersama suaminya, Shuib telah dibenarkan pulang selepas lebih sebulan ditempatkan di hospital bagi pemantauan rapi.

Kepulangan Ayash Affan benar-benar dirai lebih-lebih lagi oleh abang dan kakaknya dengan alunan selawat dari pintu masuk sehingga memasuki biliknya yang mana sorotan video penuh telahpun dimuat naik oleh Shuib di Youtube.

Air muka atuk pula jadi perhatian

Pun begitu, apa yang lebih mencuri tumpuan netizen apabila melihat reaksi atuknya, Raissuddin Hamzah saat melihat wajah cucunya itu. Lama ditenung seakan cuba menyembunyikan sesuatu.

Rata-ratanya akui sebak melihat air muka Raissuddin, entah apa yang dia rasakan pada ketika itu. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata namun, mereka harap ahli keluarga arwah Siti Sarah kuat.

"Sebak dengan renungan atuk"

"Hanya Allah je tahu"

"Moga Ayash jadi anak soleh..."

Pun begitu, tak kurang juga yang membanjiri ruangan komen dengan lafaz syukur serta doa buat Ayash. Bagi mereka, itulah hadiah istimewa yang dititipkan oleh arwah Sarah bersempana dengan ulang tahung kelahirannya, hari ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen