Pernah bawa jumpa ibu, Iqbal buktikan hubungan dengan Vida bukan lakonan

Usaha Iqbal untuk menikahi usahawan kosmetik Dato' Seri Vida(DSV) nampaknya belum bertemu noktahnya, meskipun terhimpit dengan pelbagai pandangan serta halangan bukan sahaja dari netizen bahkan juga Cik B.

Kahwin bukan sebab harta

Menerusi perkongsian Iqbal di Instagram, dia telah memuat naik beberapa keping gambar bersama DSV di sekitar majlis menyambut ulang tahunnya sebelum ini.

Pun begitu, ruangan kapsyen yang lebih menarik perhatian netizen sehingga hantaran tersebut dibanjiri dengan ratusan komen.

 

Hal ini adalah apabila Iqbal bertanya cara apa lagi yang harus dia lakukan bahawa hasratnya untuk berkahwin dengan DSV bukanlah atas dasar harta seperti yang dicanang segelintir pihak.

"Bagaimana harus saya buktikan kepada semua bahawa perkahwinan itu bukan ertinya harta semata?"

Pernah bawa Vida jumpa ibu

Di antara komen-komen tersebut secara tak langsung Iqbal telah mendedahkan bahawa dia dulu pernah membawa Vida bertemu dengan ibunya, sekaligus membuktikan bahawa hubungan mereka bukan hanya sekadar di bibir.

"Susah nak dapatkan keserasian..."

Selain itu, ada juga yang merasakan bahawa Iqbal terlalu muda menyebabkan hasratnya itu mendapat tentangan dari Cik B.

 

 

"Tak payahlah teruskan..."

Pun begitu, ada juga berpendapat supaya Iqbal tidak meneruskan hasratnya untuk menikahi Vida kerana ia mungkin akan menyebabkan hubungan antara mak dan anak akan renggang.

"Macam pelik tapi tak nak komen..."

Bagaimanapun, ada yang lebih memilih untuk berdiam dan hanya berharap agar hubungan mereka dipermudahkan jika benar berjodohan.

Anda masih keseorangan?

963,287 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen