Enggan ambil risiko 2,500 guru tak vaksin. -"Mungkin mereka akan dipindahkan..."

Tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi sekolah akan dibuka, namun sedar atau tak rupanya masih ramai guru yang enggan mengambil vaksin dan jumlah tersebut adalah seramai 2,500 orang guru.

2,500 guru direkodkan enggan ambil vaksin

Menurut Menteri Kanan Pendidikan iaitu Datuk Dr Mohd Radzi, berisan guru yang enggan divaksin tanpa alasan kesihatan akan ditempatkan di ruangan khas yang mana mereka akan diasingkan daripada warga pendidik serta murid yang telah divaksinasi.

"Menerusi rekod KPM, kira-kira 2,500 guru dikenal pasti enggan vaksinasi tanpa alasan kesihatan. Angka ini selepas kita tolak jumlah guru belum boleh divaksin atas alasan kesihatan."

"Secara umumnya, mereka (guru enggan vaksin tanpa alasan) juga tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di kelas, selain perlu membuat tugasan yang akan ditentukan kemudian."

-Mohd Radzi-

Tindakan akan dikenakan

Pun begitu, KPM tidak akan sewenangnya memandang ringan akan isu tersebut sebaliknya masih meniliti tindakan yang akan dikenakan terhadap guru terbabit.

Bagaimanapun, pihaknya juga bercadang untuk memindahkan kumpulan guru itu ke sekolah berisiko rendah tetapi perkara itu masih dalam penelitian dan akan akan mengambil pendekatan terbaik demi keselamatan.

"Kita juga akan umumkan kalau ada perkembangan terbaharu keputusan berkaitan saringan berkala ke atas guru yang enggan divaksin (jika ada)."

-Radzi Jidin-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen