Suami kantoi curang di pasaraya, isteri luluh rupanya jalin hubungan sebelum kahwin lagi

Kemusnahan rumah tangga disebabkan orang ketiga menjadi satu isu yang sangat membimbangkan pada masa kini. Hal itu secara tak langsung memberi impak juga kepada masyarakat.

Kantoi curang sebelum habis 'iddah'

Bercerita lanjut akan perkara itu, seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Aisyah telah memuat naik kenyataan di Instagram selepas berkongsi videonya tangkap perbuatan curang suami di sebuah pasaraya.

Jelas Aisyah, hantaran tersebut tidak bermaksud ingin mengaibkan mana-mana pihak terutamanya pihak keluarga suami kerana niatnya ingin memperjelas status hubungan mereka yang kini dalam proses bercerai.

"Ya, saya telah dilafazkan cerai dengan talak 2 pada pertengahan bulan Ogos lalu."

"Saya nak clearkan semua dekat sini agar lepasni dah takde orang luar DM saya..."

Sering dipukul dan abai nafkah

Dalam kenyataan tersebut, dia turut mendedahkan sikap suaminya yang mengabaikan nafkah serta tanggungjawab sebagai ketua keluarga malah, dia juga pernah memukul isteri serta anaknya yang berusia 5 bulan.

"Selama ni awak pukul saya, awak tak jalankan tanggungjawab, awak abaikan nafkah...curang."

"Awak tipu saya bagi alasan kerja tapi check-in..."

Rupanya dah 5 tahun kenal 

Difahamkan, ketika Aisyah bertemu sendiri dengan suami dan wanita terbabit, baru dia tahu rupanya hubungan mereka berdua telah lama terjalin, bahkan sebelum dia dan suami berkahwin lagi.

Pendedahan itu dibuat oleh wanita terbabit yang memaklumkan hubungan mereka kini sudah memasuki 5 tahuh.

Untuk makluman, kisah Aisyah sebelum ini pernah menjadi topik akhbar utama berkenaan dirinya yang telah dipukul selepas cuba untuk memeriksa telefon bimbit suaminya.

Perkara itu juga telah disahkan oleh Aisyah menerusi hantarannya di Instagram. 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen