Cuba nasib naik Genting Highlands, 12 individu dikompaun RM5,000

Umum sedia maklum bahawa pusat pelancongan di Langkawi telahpun dibuka sekaligus membuatkan orang ramai menarik nafas lega setelah sekian lama ianya ditutup susulan pandemik.

12 individu dikompaun 

Namun, di balik kelonggaran itu didapati terdapat 12 individu yang mencuba nasib untuk memasuki sempadan negeri lain tanpa permit yang sah.

Susulan insiden, pihak polis telah mengeluarkan kompaun sejumlah RM5,000 kepada setiap seorang.

Cuba naik Genting Highlands

Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Zaiham Mohd Kahar, mereka terdiri daripada 10 lelaki dan dua wanita berusia 20 hingga 58 tahun.

Difahamkan, mereka telah ditahan di Kilometer 12, Genting Highlands.

"Mereka gagal mengemukakan permit kebenaran rentas negeri yang sah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM)."

"Kesemua yang dikompaun datang dari arah Kuala Lumpur menghala Genting Highlands."

-Zaiham Mohd Kahar-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen