Nak ke rumah pengasuh mesti nangis, ibu luluh lepas doktor bagitahu anak trauma didera

Pengasuh merupakan antara orang harapan ibu bapa. Hal ini kerana, merekalah yang akan menjadi 'mata' untuk anak-anak yang dihantar sepanjang ibu bapa mereka berkerja.

Pun begitu, saban hari ibu bapa makin hilang kepercayaan terhadap mereka berikutan peningkatan kes dera yang terjadi di rumah pengasuh sehingga ada ibu sanggup berhenti kerja asalkan anaknya tidak menjadi mangsa.

Anak kerap nangis setiap kali ke rumah pengasuh

Itulah juga yang telah dilalui oleh pengguna Tiktok bernama 'nouriqleyma'. Dia yang juga merupakan seorang ibu hilang kata selepas akhirnya terbongkar perkara yang menjadi asbab anaknya selalu menangis setiap kali ke rumah pengasuh.

 

 

Nampak kesan lebam

Menurut nouriqleyma, awalnya dia merasakan hal itu biasa sehinggalah dia merasakan tuhan masih ingin menyelamatkannya apabila ternampak kesan lebam biru pada peha si anak. 

Tambahnya, tempat kesan lebam itu tidak dibenar orang lain sentuh. Barangkali sakit malah, dia juga masih belum petah untuk menceritakan perkara sebenar memandangkan baru berusia 1 tahun 8 bulan sebaliknya hanya mampu mengamuk.

Alami trauma 

Susulan kejadian, kini anaknya mengalami trauma di usia yang masih kecil. Lebih-lebih lagi itu bukan kali pertama dia menjadi mangsa dan pastinya akan ambil masa untuk pulih semula.

Menurut doktor pakar, anaknya tidak mengalami kecederaan dalaman yang serius, sebaliknya hanya lebam di peha. Selain itu, doktor juga syak bahawa ia kemungkinan berpunca daripada mengayun buai terlalu kuat.

Malang dapat pengasuh panas baran

Dalam pada itu, dia juga turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu, namun lain pula yang terjadi apabila pengasuhnya datang serang di rumah selain menerima mesej berbentuk makian daripada anak pengasuh.

 

 

Siap minta baki bayaran!

Tidak hanya dengan itu, pengasuh terbabit juga dikatakan siap minta baki bayaran tanpa rasa segan selepas berkelakuan kejam terhadap anaknya.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen