Walau dah berdamai, Cik B tetap tak izin Vida kahwin. -"Kalau kahwin saya tak panggil dia ayah."

Saban hari, kontroversi membabitkan Dato' Seri Vida dan Iqbal Zulkefli terus menjadi topik utama dalam kalangan netizen bahkan lebih hangat selepas anak-anak Vida turut mula bersuara.

Cik B pilih berdamai

Bagaimanapun, Cik B dalam kenyataannya memilih untuk berdamai sekaligus mengakui telahpun berbincang mengenai keputusan mamanya untuk berkahwin lagi.

"Sekarang ini hubungan kami dah okey, dah tidur sekali. Mama pun sudah boleh bercakap dengan saya dan kami dah rapat semula. Saya ada sentuh topik kahwin dan berpesan padanya jangan berkahwin. Kemudian, mama balas In Syaa Allah."

"Yang saya nampak mama ada fikir balik bila saya tak bagi kahwin. Dia pun ada baca statement yang saya keluarkan. Sama juga dengan komen netize. Ada juga terlintas di fikiran dia, 'betul juga eh?' "

-Cik B-

"Kacak suruh saya izin mama kahwin..."

Mengulas lanjut tentang pendapat Kacak pula, Cik B memaklumkan mereka tiada masalah pun akan hasrat mamanya bahkan telahpun berbincang akan perkara itu.

"Kacak suruh saya bagi mama kahwin tapi saya tetap tak nak bagi. Saya kenalah jaga mama. Saya ada mama ja."

"Takkan mama nak bagi kasih sayang dia dekat orang yang baru datang dalam hidup dia?"

"Saya memang tak nak langsung mama kahwin dengan sesiapa sebenarnya. Saya tak nak ada orang baru dalam hidup saya. Rasa macam tak selesa tinggal serumah...kahwin dengan mama pula tu."

-Cik B-

Trauma dengan masa lalu

Pun begitu, Cik B turut akui keputusannya itu terkait dengan masa lalu yang pernah dialami mereka sekeluarga. Tambahnya, dia ingin melihat mamanya bahagia untuk tempoh yang lama bukan sementara.

"Saya bukan selfish! Kalau saya beri pendapat, biarpun mama tak ikut tapi selalunya dia buat ja. Saya hanya nak mama happy lama bukan sekejap saja."

"Saya buat semua ni sebab tak nak mama sedih, Kita tak tahu dia punya niat."

"Tapi kalau mama dengan dia (Iqbal) kahwin juga saya tetap jaga mama."

-Cik B-

Takkan panggil ayah

Tambah Cik B lagi, dia juga tidak tidak akan teragak-agak untuk menggunakan gelaran 'bro' ketika bercakap dengan bakal bapa tirinya.

"Saya akan panggil dia yoo bro!"

-Cik B-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen