Lepas 5 tahun 'solo', Fazley Yaakob cari jodoh untuk ibu. -" Harap ibu tak marah."

Selepas berjaya mencari pasangan untuk adik perempuannya, kini Fazley Yaakob mencuba nasib pula untuk mencari calon suami buat ibunya pula selepas 5 tahun bergelar ibu tunggal.

Fazley Yaakob cari jodoh untuk ibu

Hasrat itu telah dimuat naik oleh chef selebriti itu sendiri berserta dengan ciri-ciri calon bagi melayakkan diri mereka menjadi suami kepada ibunya, Datin Umi Kalsom.

 

"Saya sendiri tak tahu kerana saya tergerak hari ni membuat posting ni..."

"Yang terakhir saya buat posting ni waktu cari jodoh adik saya..."

"Doakan saya berjaya!"

Jelas Fazley atau lebih mesra disapa 'Paji' oleh ibunya, itu adalah sebuah misi dan amat besar harapannya agar apa yang dirancang  membuahkan hasil.

"This is my mission... doakan saya berjaya!"

-Fazley Yaakob-

Selain itu, dia menerusi kapsyennya turut berharap agar ibunya tidak memarahi keputusan serta tindakannya kerana menurut Fazley, itu adalah sebahagian daripada usaha untuk insan yang paling dicintai.

"Sporting anaknya tolong carikan..."

Dalam pada itu, siapa sangka ruangan komen turut dibanjiri dengan pelbagai respon yang rata-ratanya tidak menduga akan tindakan Fazley.

 

"Alhamdulillah anak yang baik"

"Moga bertemu jodoh yang baik"

"Aku kena ada kat sana juga..."

Namun dalam waktu yang sama, adiknya, Raf Yaakob nampaknya juga menyokong  keputusan itu sehingga dia sempat berseloroh agar menjemputnya sekali sewaktu sesi temu duga calon nanti.

 

 

Anda masih keseorangan?

980,762 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen