"Bagi nafkah RM1 juta sebulan pun boleh..." -Demi cinta Iqbal janji jaga Vida, mahu restu Cik B & Kacak

Selepas berminggu namanya menjadi sebutan, kini Iqbal nekad untuk tampil memperjelas kepada umum dan juga Cik B berhubung hasratnya yang ingin menikahi usahawan, Dato' Seri Vida.

"Abang tak minta apa-apa"

Menurut Iqbal, dia tidak mahukan apa-apa pun dari pihak Vida kerana dia juga mempunyai harta sendiri termasuklah, tempat tinggal, duit juga kereta.

 

@mstarmalaysia

Iqbal tak main-main nak kahwin dengan Datuk Seri Vida. Nampak bersungguh-sungguh nak pujuk Cik B. ##BeritaDiTiktok ##fyp ##mstar

♬ original sound - mStar Official

 

"Bagi nafkah RM1 juta sebulan pun boleh."

Dalam pada itu, Iqbal turut tidak teragak memberitahu bahawa dia juga bersedia untuk menyediakan nafkah RM1 juta sebulan bukan sahaja untuk Vida bahkan juga untuk Cik B.

"Buanglah abang kalau gagal jaga mama..."

Bukan itu sahaja, Iqbal juga berani memberi jaminan kepada Cik B sekiranya dia gagal menjaga mamanya dalam masa 2 ke 3 tahun akan datang dengan baik, dia sedia dibuang jauh dari kehidupan anak beranak itu.

"Jangan pernah samakan abang dengan mama kahwin 10 ke berapa ke, abang tetap abang dan jangan terpengaruh dengan kata-kata yang boleh rosakkan hubungan kita."

-Iqbal-

"Huish satu juta!"

Bagaimanapun, luahan Iqbal itu secara tak langsung menjadi perhatian sekaligus dihujani pelbagai respon yang rata-ratanya tidak menyangka dengan pengakuan berani Iqbal.

"Senang je sebut sejuta"

"Dari abang terus ke Daddy"

"Jangan main dengan nama Allah"

Namun, tak kurang juga yang meluahkan rasa kurang selesa dengan tindakan ahli perniagaan itu yang juga menggunakan nama Allah dengan bersumpah dah sebagainya.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen