Patut senyap je, ibu terkejut anak main inai sampai penuh muka. -"Dah mandi pun tak hilang nak."

Tak dinafikan gelagat anak kecil sering menjadi penghibur hati, namun adakalanya kelakuan mereka ini mampu membuatkan kita tepuk dahi.

Ibu terkejut muka penuh inai

Perkara itu mungkin dapat dilihat menerusi perkongsian 'Siti Norehan' apabila dia hilang kata selepas melihat badan anaknya dipenuhi cecair warna merah.

 

Menerusi ruangan kapsyen, rupanya si anak baru selesai bermain inai celup milik kakak sulungnya di bilik.

"Padahal letak tempat tinggi"

Adapun begitu, dia turut meluahkan rasa hairan apabila budak panjang akal itu berjaya mengambil inai tersebut walhal, sudahpun diletakkan di tempat yang tinggi.

 

"Jangan bagi dia keluar rumah"

Susulan kejadian, siapa sangka video yang menjadi lebih 40 ribu tontonan itu turut dibanjiri dengan komen mencuit hati sehingga ada yang berpendapat agar dia tidak membawa anaknya keluar, takut orang ingat kena dera.

 

"Orang ingat kena dera"

"Seminggu juga nak hilang"

"Kalau dah hilang bagitahu..."

Dalam pada itu, ada juga yang ingin melihat perubahan ke atas anaknya memandangkan inai bukanlah cecair yang mudah untuk dihilangkan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen