Meskipun usianya baru 16 tahun, Cik B dipuji matang lebih-lebih lagi apabila melihat cara dia mendepani kontroversi berhubung mamanya yang terus menerus menjadi bualan.
Terbaharu, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen ada membuat sesi pertanyaan di Ig Story miliknya.
Mengambil pendekatan itu, wargamaya tidak ketinggalan untuk mengajukan beberapa soalan kepadanya tentang hubungan mamanya, Dato' Seri Vida yang dikhabarkan akan berkahwin dengan bekas pembantu peribadi pada penghujung Disember.
"Ada sebab tak nak mama kahwin"
Tidak mendiamkan diri, Cik B tampil mengulas soalan pengikutnya di Instagram dengan memberitahu ada sebab yang membuatkan dia enggan melihat mamanya naik pelamin lagi.
"Better saya diam..."
Pun begitu, dia memilih untuk berdiam dahulu kerana kebenaran yang akan dibongkar mungkin akan membuatkan ramai terjatuh termasuk mamanya.
"Saya boleh je spill the tea kenapa saya tak nak mama kahwin..."
"Kalau saya cakap, boleh jatuhkan semua orang termasuk mama..."
-Cik B-
Seperti yang sedia maklum, Cik B merupakan anak perempuan Vida yang secara zahirnya menentang hasrat usahawan itu berkahwin lagi.
Hal itu kerana dia enggan melihat mamanya kecewa untuk sekian kalinya selepas 5 kali gagal dalam perkahwinan.
Namun begitu, nampaknya Cik B masih tetap dengan pendiriannya meskipun pelbagai rayuan telah dibuat Iqbal agar Cik B merestui hubungannya dengan usahawan kosmetik itu.
Tinggalkan Komen