Teruja tiba di Langkawi, netizen tegur pelitup muka Aliff Syukri, - "Pakai mask betul-betul dato..."

Oleh: Zuzu Yasmine

Nampaknya ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Langkawi selepas pihak kerajaan membuka semula pelancongan ke pulau berkenaan.

Tidak ketinggalan adalah usahawan terkenal, Dato’ Sri Aliff Syukri dan isterinya turut menjadi kumpulan pertama yang tiba ke pualu tersebut selepas beberapa bulan ditutup untuk pelancongan.

Perkara itu dikongsikan oleh usahawan berkenaan di Instagram miliknya yang memaparkan ketibaannya di pulau berkenaan.

"Pakai 'mask' betul-betul dato."

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah cara pemakaian pelitup muka usahawan tersebut yang dilihat hanya diletak dibahagian dagu hingga menimbulkan rasa kurang senang.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram, memaparkan dirinya membuka sedikit pelitup muka yang dipakai sehingga menampakan hampir seluruh wajahnya.

Terima teguran dari netizen dengan baik, Aliff tampil memberi penjelasan menerusi ruang kapsyen dengan menyatakan bahawa dia membuka pelitup muka ketika hendak bercakap agar suaranya lebih jelas dalm video.

“Pelitup muka saya pakai betul cuma ketika saya buat vlog kurang dengar suara jadi saya buka kejap dan saya tutup balik,” tulisnya.

Semalam, Aliff bersama isterinya, Datin Shahida berserta kru tiba di Langkawi atas urusan kerja bagi mempromosikan salah satu tempat penginapan di sana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen